Super Fabolous
Sleep In The Dream...

Appreciation
Background : Photobucket
Extras : Mr Google
Main Idea : Diya Sesame
Blogskin Tutorials : Diya Sesame



November 2011
December 2011
January 2012
November 2012
December 2012


Monday, November 28, 2011
Kasih isabelle- Episod 1 @ 1:36 pm | 0 dream(s)

(Waktu petang. Perkarangan banglo, milik Datuk Imran, Amiro sedang menolak kerusi roda kembarnya Amar untuk menikmati udara petang.)

Amar : Agak-agak abang, bila mama dengan papa balik? Dah dekat 2 minggu dia orang kat Dubai.

Amiro : Esok lusa balik lah tu. Lagipun Kak Mira dah selamat lahirkan baby. Hari tu mama kata kalau tak ada apa-apa, dia akan balik secepat mungkin. Kenapa, Amar rindu ke atau pun boring dengan abang?

Amar : Tak adalah. Cuma kesian Amar tengok abang. Balik sekolah saja tak sempat berehat terus layan Amar. Kenapa abang nak buat semua tu sedangkan Mak Piah dengan Pak Wan boleh buat. Abang tak penat ke?

Amiro : Mana boleh penat. Amar kan adik abang. Abang mesti jaga adik abang. Kita kan kembar, susah Amar, susah abang juga tau. Alah, bukannya teruk sangat nak layan Amar ni, setakat mandikan, tolong ambil air sembahyang, angkat naik atas katil, benda tu biasa saja. Lagipun abang kan ke superhero?

Amar : Superhero konon.. Yalah tu. kalau Amar demam, dia pun demam jadi lembik jugak. Ha.. Ha.. Ha...

(Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin motosikal kuasa tinggi di luar pintu pagar.)

Amiro : Kejap ye Amar!

(Amiro berlari anak menuju ke pintu pagar menemui seseorang. Amar cuba meninjau siapa gerangan yang berada di luar itu namun kurang jelas kelihatan kerana di memakai topi keledar 'fullface'. Tidak berapa lama kemudian Amiro segera menghampirinya.)

Amar : Siapa tu bang?

Amiro : Kawan abang. Amar, kita masuk ke dalam dulu. Abang ada hal nak keluar sekejap.

Amar : Nak ke mana? Dengan orang yang bawa motor tu ke? Siapa dia tu?

(Amiro cuba menyembunyikan sesuatu.)

Amiro : Mmm.. Abang nak jumpa kawan sekejap. Amar masuk dulu ya?

Amar : Tak apalah. Amar nak berehat kat luar saja. Nanti pandai-pandailah Amar masuk dalam. Abang pergilah, lagipun kawan abang dah lama tunggu tu. Hati-hati tau!

Amiro : Okey, adik abang! Abang pergi dulu. Chaw!

(Amiro menuju keluar lantas menunggang motorsikal berkuasa tinggi itu. Amar memerhati sehingga hilang daripada pandangan. Tiba-tiba datang Marsha, kucing kesayangan Amar menggesel-gesel kakinya. Amar mengangkat Marsha lantas dibelainya. Di fikirannya masih memikirkan sesuatu tentang Amiro.)

(Gelanggang futsal Sekolah Puteri Bandar Manjalara.)

(Isabelle sedang melihat Thalia bermain futsal bersama rakan-rakannya. Tangkas sungguh Thalia mengawal bola. Tiba-tiba.. gol!!)

(Wisel dibunyikan. Thalia ke pinggir gelanggang, Isabelle menghulurkan botol air kepada Thalia.)

Isabelle : Wow, not bad! Dapat score 2 biji pula tu.

Thalia : See the leg lah...

Isabelle : Awak, saya balik dengan Cikgu Hud tau.

Thalia : Okey, sampai hati awak biarkan saya sorang-sorang naik basikal.

Isabelle : Tadi Cikgu Hud kata ada hal nak jumpa dengan daddy saya. Jadi dia ajaklah saya sekali balik ke rumah.

Thalia : Okey, saya faham. Lagipun elok juga awak tak tumpang saya, saya nak singgah kedai gunting rambut. Nak gunting sikit rambut saya ni. Tengoklah dah panjang.

Isabelle: Eloklah panjang, barulah nampak perempuan.

Thalia : Mana boleh, tak 'macho' lah saya...

Isabelle : Sudahlah awak, perasan! Tapi kan sebenarnya awak ni cantik tau kalau jadi perempuan. Rambut panjang lepas tu pakai 'evening dress'. Ish, ayu sungguh!

Thalia : Eee, geli telinga saya mendengarnya.

(Mereka tertawa)

(Pintu pagar sekolah berhadapan dengan jalan raya.)

Cikgu Hud memandu kereta keluar daripada pintu pagar sekolah. Dalam masa yang sama, Amiro sedang memecut motorsikal kuasa tingginya. Tiba-tiba Amiro hampir melanggar kereta Cikgu Hud, nasib baik dia sempat menekan brek. Lantas Amiro jatuh terseret di atas jalan raya. Cikgu Hud dan Isabelle yang berada dalam kereta panik.

Amiro cuba bangun, terjengkut-jengkut kakinya yang luka. Amiro bingkas menghampiri kereta Cikgu Hud. Dia menjerit sambil menghentak bonet kereta Cikgu Hud itu.

Amiro : Hoi, buta ke?


(Jerit Amiro yang begitu marah sambil menahan kesakitan).

(Cikgu Hud dan Isabelle keluar daripada kereta).

Cikgu Hud : Maaf, saya tak perasan tadi. Awak okey!

Amiro : Okey apa? Awak tengok ni, kaki saya berdarah. Tengok tu motor saya habis...

Cikgu Hud : Kalau macam tu, jom kita ke klinik. Lepas tu kita buat laporan di balai polis.

Amiro: Tak payah laporan. Awak bayar saja ganti rugi.

Cikgu Hud : Saya boleh bayar tapi sebelum tu kita kena buat laporan. Baru boleh buat tuntutan insurans.

Tingkahlaku Amiro jelas berbeza. Dia begitu garang jauh daripada perilakuannya sewaktu bersama kembarnya, Amar. Isabelle dan Thalia yang mulanya berdiam diri mula bersuara. Mereka rasa, mereka mengenali Amiro. Pelajar sekolah lelaki yang terletak saling berhadapan dengan sekolahnya itu.

Thalia: Saya rasa saya kenal awak, betul tak Isabelle?

Isabelle: Ya, saya rasa awak pelajar sekolah lelaki tu kan?

Thalia: Oooh, sekarang saya baru tahu kenapa awak tak nak buat laporan polis. Awak tak ada lesen kan?

Amiro : Awak jangan masuk campur. Peduli apa saya ada lesen ke tidak. Yang penting, dia ni dah buat motor saya rosak dan saya cedera.

Isabelle : Cikgu! Kalau kita tunggu lama-lama tak ada apa tindakan pun tak guna. Lebih baik telefon saja polis mereka datang ke sini.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Isabelle itu tanpa berlengah lagi, Amiro mengangkat motorsikal dan dalam keadaan payah dia menghidupkan enjin. Sebelum beredar Amiro sempat memberi peringatan kepada Isabelle dan Cikgu Hud.

Amiro : Ingat! Jangan harap kamu semua boleh lepas macam tu saja.

Thalia : Sudahlah, ingat orang takut ke, pengecut!

Amiro memecut dengan laju motorsikal itu hingga daripada pandangan Isabelle, Thalia dan Cikgu Hud. Mereka saling berpandangan. Masing-masing dalam hati penuh tanda tanya. Siapa gerangan anak muda yang berkelakuan kurang ajar itu.

-BERSAMBUNG-

newer posts ❤
Bobi Dan Bobo @ 7:48 am | 0 dream(s)

Aisyah mempunyai dua ekor anak kucing. Seekor bernama Bobi dan seekor lagi dipanggil Bobo.Bobi lebih comel daripada Bobo kerana bulunya yang cantik.Sebahagian besar badannya berwarna putih dengan tompok-tompok dan kuning di bahagian kepalanya. Kakinya berwarna hitam seperti memakai kasut. Bobo pula hitam dan kelihatan comot. Bobo juga cacat kerana kakinya pendek sebelah menyebabkan dia sukar hendak begerak pantas. Namun, Aisyah sayangkan kedua-duanya sama rata.

Bobi suka mengganggu Bobo, selalu saja ia mengejar Bobo sekeliling kawasan. Dia suka menggigit Bobo. Setiap kali melihat Bobo pasti diterkamnya.Kadang-kadang terjerit-jerit Bobo dibuatnya. Apabila Aisyah memberi makanan, Bobilah yang berebut-rebut hendak makan dahulu. Beginilah perangai Bobi yang sombong dan mementingkan diri sendiri.

Pada suatu hari sedang Bobi terlalu asyik mengejar rama-rama, dia terjatuh ke dalam longkang.Badannya habis basah kuyup dengan air longkang yang kotor dan berbau busuk.Dia melompat keluar dari longkang dan berlari masuk ke rumah. Ketika itu Aisyah berada di sekolah.Apabila melihat keadaan Bobi, emak Aisyah terus mengambil penyapu lalu menghalau dan memukulnya. Bobi terkejut dan mengiau kesakitan lantas berlari menyorok di bawah almari. Emak Aisyah terus mengejar Bobi.

Bobo yang sedang tidur di ruang tamu berlari ke dapur apabila mendengar suara Bobi. Dia terus ke arah Bobi dan menjilat-jilat badan Bobi tanda simpati. Melihat keadaaan itu barulah emak Aisyah sedar yang kucing kotor tadi adalah anak kucing Aisyah.Bobo yang telah menyelamatkan Bobi daripada terus dipukul. Emaknya bergerak perlahan-lahan lalu menangkap Bobi untuk di bersihkan.

Sejak kejadian itu, Bobi tidak lagi menggangu Bobo. Bobi tahu bagaimana rasanya di kejar dan disakiti. Dia berbaik dengan Bobo dan selalu bermain dengan Bobo. Bobi sedar bahawa bulu yang cantik tidak akan kekal dan dia tidak harus terlalu bangga dengan kecantikannya.Apa yang lebih penting ialah kebersihan hati.

newer posts ❤
Sunday, November 27, 2011
Bangau Menenun Kain @ 12:53 pm | 0 dream(s)

Bangau Menenun Kain merupakan cerita lisan Melayu tradisional yang menarik.Cerita ini diwarisi turun-temurun dan disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Dalam siri Citra Moral, cerita lisan Melayu tradisional diolah semula dalam bentuk yang mudah supaya sesuai untuk pembaca dan pendengar daripada kalangan kanak-kanak.

Selain menjadi bahan bacaan yang menghiburkan, cerita lisan yang dipilih juga disisipkan dengan nilai-nilai murni.

perkataan-perkataaan yang perlu diterangkan maknanya tersenarai dalam bahagian perbendaharaan kata beserta contoh ayat yang sesuai.

perkataan-perkataaan ini sudah tentu akan meperkayakan perbendaharan kata kanak-kanak.

Bangai Menenun Kain merupakan kisah sepasang suami isteri yang miskin tetapi sangat baik dan murah hati.Akan tetapi oleh kerana melanggar syarat yang talah dijanjikan,pasangan suami isteri ini menyesal seumur hidup.

CERITANYA BERMULA BEGINI.......

Pada suatu masa dahulu ada sepasang suami isteri tua bernama Pak Laha dan Mak Laha.Mereka tingggal di sebuah pondok di dalam hutan.Mereka berdua tidak mempunyai anak.

Kerja mereka sejak muda ialah mencari kayu api.Hasil kutipan kayu api dijual oleh Pak Laha dari pekan.

Pada suatu hari, Mak Laha berasa kurang sihat.Pak Laha pun pergi bersendirian mencari kayu api di hutan.

Tiba-tiba,Pak Laha terdengar suara orang meminta tolong.

"Toloooong!Toloooooong!"

"Eh!Dari mana datangnya suara itu?"bisik hati kecil Pak Laha.

Di tengah hutan, Pak Laha ternampak seekor bangau .Bangau itu menjerit-jerit dan menangis di dalam prangkap.Sebelah kakinya cedera.

"Tolong...toltnglah saya. Saya tertangkap oleh seorang pemburu lalu dikurkng di sini. Tolonglah lepaskan saya. Aduh!Sakitnya kaki saya!"kata bangau itu marayu-rayu.

Pak Laha kasihan melihat bangau yang cedra itu. Pak Laha pun melepaskannya.Bangau itu amat berterima kasih atas bantuan Pak Laha.

"Terima kasih. Tapi...kaki saya sakit. Saya tidak dapat pergi ke mana-mana.Jika pemburu itu datang kembali tentu saya akan ditangkap lagi,"kata bangau itu dengan risaunya.

"Hmm...kalau begitu, ikutlah saya pulang.Saya akan merawat kaki awak.Selepas sembuh nanti,saya hantarkan awak ke tempat yang selamat,"balas Pak Laha yang baik hati.

Pak Laha mendukung bangau itu lalu dibawanya pulang ke rumah.Apabila sampai di rumah,Mak Laha terperanjat melihat suaminya yang pulang dengan membawa seekor bangau.

"Dimana abang jumpa bangau ni?"tanya Mak Laha.sambil merawt kaki bangau,Pak Laha pun mencerita tentang nasib bangau yang malang itu.

"orang yang baik hati tidak akan rugi.Suatu hari nanti, abang akan mendapat balasan yang baik juga," kata Mak Laha.

Beberapa hari kemudian,kaki bangau pun sembuh.

Pak Laha membawa bangau itu pergi ke sebuah tasik di pinggir hutan itu. Bangau itu pun terbang meninggalkan Pak Laha.

Malam itu,semasa Pak Laha da Mak Laha makan,tiba-tiba mereka terdengar orang mengetuk pintu rumah mereka.

"Siapa pula yang datang malam-malamni?"tanya Pak Laha dengan hairannya.

Pak Laha pun membuka pintu. Mak Laha menyusul dari belakang. Kedua-dua orang tua itu hairan melihat seorang gadis cantik sedang menunggu di luar.

"Assalamualaikum datuk, nenek,"gadis itu memberi salam.

"Waalaikumussalam,"balas Pak Laha dan mak Laha.

"Maafkan saya kerana mengganggu.Nama saya Murni.Saya tersesat jalan. Tolong benarkan saya menumpang di rumah datuk dan nenek malam ni.Esok saya akan mencari jalan pulang," kata gadis yang bernama murni itu.

Pak Laha menjemput Murni masuk ke rumahnya. "Jemputlah masuk, cu," kata Pak Laha.

"Terima kasih," jawab Murni.

"Cucu tentu sudah lapar, Marilah makan bersama-sama.Tapi...cuma bubur nasi berlauk ikan masin saja yang ada," kata Mak Laha.

"Murni berasa amat bersyukur kerana dapat bermalam dan makan di sini," kata Murni kepada pasngan suami isteri yang murah hati itu.

Pada tengah malam, angin bertiup kencang , hujan pun turun dengan lebatnya dan tidakberhenti-henti sehinggalah keesokan pagi.

Pagi itu Pak Laha dan Mak Laha berasa hairan melihat rumah mereka bersih dan kemas.Rupa-rupanya Murnilah yang membuat semua itu dan Murni juga telah menyediakan sarapan pagi yang sedap.

"Buat susah-susah saja cucu buat semua ini," kata Mak Laha.

Mak Laha pun mempelawa Murni untuk terus tinggal di situ dan Murni bersetuju.

Hujan turun tidak berhenti-henti untuk beberapa hari.Pak Laha tidak dapat mencari kayu api pada musim hujan. Bekalan makanan hampir habis dan mereka juga tidak ada wang lagi untuk membeli makanan.

Pak Laha mula risau."Hai, hujan,hujan. Bilakah hujan nak berhentini?" Seru Pak Laha dalam hati.

Murni berasa simpati melihat keadaan Pak Laha dan Mak Laha.

"Saya tahu datuk tidak boleh bekerja pada musim hujan. Barangkali saya boleh menolong. Saya nampak ada alat tenun di bilik belakang.Benerkan saya menenun kainuntuk di jual di pekan. Syaratnya Tiada sesiapa pun dibenarkamelihat saya menenun ," kata Murni.

Murni pun masuk ke dalam bilik itu. Sejurus kemudian, Pak Laha dan Mak Laha terdngar alat tenun itu berbunyi.

Selama tiga hari dan tiga malam bunyi alat tenun itu tidak berhenti-henti."Abang, sudah tiga hari Murni itu tidak makan dan minum. Baik kita pergi tengok. Jangan-jangan dia sakit nanti,"kata Mak Laha dengan risaunya.

"Jangan. Mak Laha sudah lupakah pesanan Murni itu?" Sampuk pak Laha.

Selepas tiga hari,Murni pun keluar dari bilik itu dengan sehelai kan yang amat cantik.

"Juallahkain itu di pekan. Harganya akan mengembirakan datuk dan nenek, percayalah. Jangan letakkan harganya . Jual kepada sesiapa yang memberi harga yang paling tinggi," kata Murni kepada Pak Laha dan Mak Laha.

Apabilahujan mula reda, Pak Laha membawa kain itu ke pekan. Ketika itu raja sedang melawat kawasan pekan.Baginda tertarik dengan kain itu lalu membelinya.

Pak Laha membeli banyak barang keperluan hasil daripada jualan kain itu. Pak Laha pulang ke rumah dengan gembira.

Beberapa hari kemudian,Murni mahu menenun lagi. "Sesiapapun tidak boleh masuk ke bilik semasa saya menenun. Harap datuk dan nenek jangan lupakan syarat ini," kata Murni kepada Pak Laha dan Mak Laha.

Murni pun mengunci diri di dalam bilik. Tidak lama kemudian alat tenun pun berbunyi.

Pada hari kedua, Mak Laha tidak sabar menunggu. Dia ingin melihat Murni menenun kain. Mak Laha menolak pintu itu sedikit.

Pak Laha cuba menghalang Mak Laha tetapi sudah terlambat. Alangkah terkejutnya Pak Laha dan Mak Laha apabila melihat seekor bangau sedang tekun menenun. "Bangau?" jerit Mak Laha.

Bangau itu terpaksa mendedahkan perkara yang sebenar. "Saya adalah burung yang datuk selamatkan dulu. Saya cuma hendak membalas budi datuk tetapi nenek sudah melanggar syarat. Nenek dan datuk sudah tahu siapa saya yang sebenar. Saya bukan manusia. Saya akan kekal menjadi bangau buat selama-lamanya. Saya terpaksa pergi dari sini sekarang juga. Selamat tinggal!" kata bangau itu dengan sedihnya.

Bangau itu pun terbang keluar dari tingkap meninggalkan Pak Laha dan Mak Laha. Mak Laha amat menyesal kerana tidak sabar lalu melanggar janjinya.

- TAMAT -

newer posts ❤
Saturday, November 26, 2011
Batu Permata Dan Lipan Bara @ 10:59 am | 0 dream(s)

Batu Permata Dan Lipan Bara merupakan cerita lisan melayu tradisional yang menarik.Cerita ini diwarisi turun-temurun dan disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain
.
Dalam siri citra moral, cerita lisan Melayu tradisional diolah semula dalam bentuk yang mudah supaya sesuai untuk pembaca dan pendengar daripada kalangan kanak-kanak.

selain menjadi bahan bacaan yang menghiburkan , cerita lisan yang dipilih juga disisipkan dengan nilai-nilai murni.

Perkataan-perkataan yang perlu diterangkan maknanya tersenarai dalam bahagian perbendaharaan kata beserta contoh ayat yang sesuai.

Perkataan-perkataan ini sudah tentu akan memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Batu Permata Dan Lipan Bara merupakan kisah seorang gadis cantik yang miskin tetapi rajin,pemurah dan baik hati .Walaupun diseksa oleh ibu dan adik tirinya tetapi dia masih sanggup menolang semasa mereka dalam kesusahan.

CERITANYA BERMULA BEGINI..........

Pada zaman dahulu,di sebuah kampung terpencil tinggal seorang janda yang bernama Mak Labu . Mak Labu mempunyai dua orang anak perempuan. Anak kandungnya bernama melati dan anak tirinya pula bernama Melor.

Melor berwajah cantik,rajin, baik hati dan bersopan santun.Melati pula adalah seorang yang malas dan bersikap kasar.

Kecantikan Melor telah menimbulkan rasa cemburu Melati dan Mak Labu.

"Orang kampung selalu memuji akan kecantikan Melor.Melati sakit hatilah, mak,"kata Melati.

"Jangan susah hati, nak. Tahulah mak macam mana nak ajar Melor ," kata Mak Labu untuk memujuk Melati.

Mak Labu menyuruh Melor membuat kerja rumah. Mak Labu dan Melati pula duduk senang-senang di rumah.

Mak Labu kerap memarahi dan memukul Melor dengan kata-kata yang kesat.

Melor selalu menangis keseorangan pada waktu malam.Melor berasa sedih mengenangkan nasibnya yang malang. Melor amat merindui ibu kandungnya.

"Oh, Ibu! Di mana ibu!" rintih Melor.

"Malang sungguh nasib Melor, nasib seorang anak yatim piatu. Kalau ibu ada, tentu Melor tak diseksa sebegini," Melor merintih lagi dalam hatinya.

Pada suatu pagi, semasa Melor mangambil air di tebing sungai, tiba-tiba muncul seorang perempuan tua yang uzur. Permpuan tua itu terlalu haus. Dia meminta sedikit air untuk diminum.
"Minta sedikit air, cu. Dah lama nenek berjalan. Nenek merasa sangat haus," kata permpuan tua itu.

"Baiklah,nek," jawab Melor. Melor memberi semangkuk air kepada perempuan tua itu. Perempuan tua itu pun minum denan sepuas-puasnya.

Setelah minum, perempuan tua itu memegang tangan melor dan merenung mukanya.

"Terima kasih ,cu. Cucu sungguh baik hati. Derita cucu akan berakhir pada suatu hari nanti. Sekarang nenek akan memberi hadiah kepada cucu.Setiap kali cucu bercakap, mulut cucu akan berbau harum. Setiap perkataaan yang cucu ucapkan akan keluar menjadi sebutir batu bermata," kata perempuan tua itu.

Hari sudah suntuk. Melor segera pulang ke rumah. Mak Labe merasa marah kerana Melor pulang lambat pada hari itu.

"Hei Melor,ke mana kau pergi ni? Mengapa lambat pulang? Aku suruh angkut air di sungai,bukan berendam di dalam sungai itu. C-A-K-A-P!" tengking Mak Labu. Melor merasa takut.

'Ma... Maafkan Melor, Mak Labu. Melor ..." jawab Melor dengan gugup-gagap. Seketika itu juga mulut Melor berbau harum. Lima butir batu permata terkeluar dari mulutnya.

Mata Mak Labu terbeliak besar melihat kejadian itu. "Amboi! Apa ni? Apa yang sudah terjadi, Melor?" tanya Mak Labu penuh kehairanan.

Melor pun menceritakan segala-galanya kepada Mak Labu. Banyak batu permata keluar dari mulut Melor ketika dia bercerita. Mak Labu merasa amat gembira melihat keadaan itu.

"Oh, kalau begini, kayalah kita. Esok pagi, biar Melati sahaja yang angkut air, kamu pergi mengutip kayu api di hutan," kata Mak Labu.

Esoknya, pagi-pagi lagi Mak Labu mengejutkan Melati yang masih enak dibuai mimpi. "Bangunlah, nak. Cepat bangun," panggil Mak Labu.

"Ada apa , mak? Kenapa kacau Melati nak tidur? Melati letih ni," kata melati dengan geramnya.

Mak Labu pun cuba memujuk anaknya.

"Nak, cepatlah bangun. Kamu pergi sekarang juga ke sungai untuk mengangkut air. Apabila kamu nampak seorang perempuan tua, layannya dengan baik,"

"Kenapa pulak? Ukh... Melati malaslah, mak! Suruh Melor saja yang pergi! Melati nak tidur ni," kata Melati.

"Bangunlah cepat. Pergi sekarang. Jangan berdegil lagi. Kamu akan dapat hadiah lumayan nanti," pujuk Mak Labu lagi.

"Apa dia, mak?" tanya Melati.

"Batu permata, nak," jawab Mak Labu.

Mendengarkan batu permata, Melati pun cepat-cepat bangun.

Melati keluar membawa timba menuju ke tepi sungai. Dalam perjalanan, Melati terserempak dengan seorang gadis muda yang cantik lagi rupawan.

"Hai, sahabat. Saya tersesat di sini dan merasa sangat haus. Bolehkah sahabat memberikan sedikit air untuk saya minum?" kata gadis itukepada Melati.

"Apa? Aku datang sejauh ini bukan untuk mengangkut air minuman kamu. Aku bukan hamba kamu. Pergi kamu dari sini. Jangan ganggu aku!" teriak Melati dengan kasarnya.

"Kasar sungguh bahasa kamu! Sombong dan busuk hati. Mulai sekarang, apabila kamu bercakap, mulut kamu akan berbau busuk. Setiap perkataan yang kamu ucapkan akan keluar menjadi seekor lipan bara," kata gadis muda itu kepada Melati yang bersikap kasar.

"Cis, apa kamu kata?" tanya Melati dengan marahnya. Ketika itu juga mulut Melati berbau busuk dan tiga ekor lipan bara berloncatan keluar dari mulut Melati.

Mak Labu yang sedang menunggu kepulangan Melati di halaman rumah berasa hairan melihat Melati lari dengan tergesa-gesa sambil menanguis. Mak Labu pun cuba memujuk Melati.

"Ada apa, nak? mengapa menangis? Beritahu mak, siapa mengacau kamu, biar mak ajar dia nanti. Er... Adakah kamu nampak seorang perempuan tua tadi, nak?" tanya Mak Labu.

"Perempuan tua yang mana, mak?" balas Melati sambil menangis.

Ketika itu juga mulut melati berbau busuk. Lima ekor lipan bara keluar dari mulut Melati. Lipan bara itu terjatuh dan melekat pada tangan Mak Lab u. Dengan segera Mak Labu melayangkan tangannya dan menjerit ketakutan. Melati pun menangis dan meminta tolong. Banyak lagi lipan bara kelluar dari mulutnya.

"Diam, Melati! Diam! Tutup mulut kamu. Melor! Cepat ambilkan penyapu!" jerit Mak Labu dengan penuh ketakutan.

Melor datang dengan membawa sebatang penyapu. Melor terperanjat melihat banyak lipan bara di atas tanah. "Apa yang sudah terjadi, Mak Labu? Dari mana pula datangnya lipan bara yang sangat banyak ni?" tanya Melor.

"Itu semua angkara kamu, Melor," jawab Mak Labu dengan kasarnya.

"Kenapa cakap macam tu, Mak Labu. Melor tak faham. Apa yang sudah terjadi, Mak Labu?" tanya Melor lagi.

Melati menjelaskan perkara yang sebenar dan banyak lipan bara keluar dari mulut Melati. tahulah Melor apa yang sudah berlaku.

"Boleh jadi perempuan tua itu menjelmakan dirinya sebagai gadis muda. Sekarang mari kita pergi menemuinya sekali lagi," kata Melor.

Setelah tiba di tepi sungai, Melor pun menyeru nenek itu berkali-kali.

"Nenek oh nenek. Di mana nenek berada? Tolonglah keluar. Cucu nak jumpa ni...! Tolonglah keluar. Nenek oh nenek!" teriak Melor sambil merayu.

Akhirnya nenek itu pun menjelmakan dirinya dengan rupa yang tua dan bongkok.

Melor merasa gembira melihat perempuan tua itu. Melor terus duduk menyembah perempuan tua itu.

"Tolonglah, nek. Melati itu adik saya. Janganlah buat dia begitu. Hentikanlah lipan itu daripada terus keluar dari mulutnya. Melor sanggup buat apa saja untuk nenek asalkan nenek bersetuju. Tolonglah, nek," Melor merayu-rayu.

Perempuan tua itu terharu melihat sikap Melor yang besar hati. "Sebenarnya adik kamu patut sedar. Orang jahat tidak akan selamat dan selalu mendapat kesusahan. Inilah balasan yang setimpal dengan perbuatnnya. Tak ingatkah macam mana dia dan ibunya menyeksa cucu?"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu, Melati dan Mak Labu pun sedih.

Mak Labu pun merayu, "Saya sudah sedar, makcik. Saya tahu perbuatan saya terhadap Melor selama ni dah keterlaluan. Saya amat menyesal. Balaslah segala dosa saya dan hentikanlah lipan itu keluar dari mulut Melati."

Melati turut merayu, "Maafkan saya, nek. Saya berjanji akan berbuat baik dan tidak akan apa-apakan Melor lagi. Tolonglah, nek..."

Tidak lama kemudian, tiada lagi lipan bara yang keluar dari mullut Melati.

Perempuan tua itu telah lenyap. Tinggal Mak Labu tiga beranak. Mak Labu, Melor dan Melati terus-menerus mengucapkan terima kasih kepada perempuan tua itu.

Mulai hari itu, mak Labu dan Melati melayan Melor dengan baik. Mereka hidup dengan bahagia. Melor berasa terhutang budi kepada perempuan tua itu.

newer posts ❤
Wednesday, November 23, 2011
Keluarga Harmoni Hidup Diberkati @ 9:12 pm | 0 dream(s)


Keluarga Fahmi berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Sambil menikmati makanan, mereka berbual-bual. Bcadialog Fahmi dan keluarganya dengan sebutan dan gaya penyampaian yang baik.

Nenek : Fahmi, berapa harikah cuti sekolah?

Fahmi : Satu minggu, nek.

Nenek : Apakah rancangan Fahmi pada cuti kai ini?

Fahmi : Saya akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri selama empat hari. Kem itu dimulakan pada hari Rabu, nek.

Nenek : Dimanakah kegiatan itu diadakan? Sudahkah Fahmi meminta kebenaran daripada ayah dan ibu?

Ayah : Sudah. Saya telah menandatangani surat kebenaran. Kemi itu diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemi tersebut memang baik untuk murid-murid.

Nenek : Oh, begitu! Apakah yang akan Fahmi buat semasa berada di sana nanti?

Fahmi : Banyak perkara, nek. Antaranya mengikuti ceramah dan kegiatan riadah.

Nenek : Wah, menarik sungguh kem motivasi itu!

Ibu : Saya telah menyiapkan alatan dan pakaian yang perlu dibawa oleh Fahmi nanti. Seluar trek bewarna hitam sahaja belum dibeli oleh ayahnya. Abang, tolong belikan seluar trek itu, ya.

Ayah : Semasa dalam perjalanan pulang nanti kita singgah di Pasar Raya Addin. Ayah akan membelikan Fahmi seluar trek itu, ya.

Fahmi : Terima kasih, ayah. Saya amat menyayangi ayah, ibu, nenek dan adik-beradik yang lain. Semuanya baik belaka.

newer posts ❤
Tuesday, November 15, 2011
Ibuku Sayang @ 9:58 am | 0 dream(s)


Jasa ibu tidak ternilai. Walaupun dibandingkan dengan segunung intan, jasa ibu sebenarnya lebih daripada itu. Namun, ini tidak disedari oleh Halimah. Walaupun usianya baru dua belas tahun, namun sikap dan lagaknya memang macam orang dewasa. Dia sudah berani keluar malam tanpa keizinan daripada ibunya. Dia juga sudah pandai bersolek dan memakai pakaian yang tidak sopan.

Sudah puas ibunya menasihati, namun Halimah tetap berdegil. Dia suka berkawan dengan budak - budak yang tidak bersekolah, baik lelaki mahupun perempuan. Ibunya selalu menasihatinya agar menumpukan perhatian pada pelajaran kerana tidak lama lagi peperiksaan UPSR akan menjelang. Halimah tidak peduli. Dia seronok dengan cara hidupnya itu.

Suatu hari, seorang pegawai polis memberitahu bahawa Halimah kini ditahan di dalam lokap kerana terlibat dengan judi bersama budak - budak nakal. Ibunya segera pergi ke balai polis. Dia merayu supaya anaknya dibebaskan. Pegawai polis memperkenankan permohonan ibunya, dengan syarat, Halimah mesti berubah dan tidak berkawan dengan budak - budak nakal lagi. Halimah menyesal. Dia sangat terhutng budi kepada ibunya. Kalaulah tidak dengn pertolongn ibunya, sudah tentu dia dihantarke sekolah kanak - kanak nakal.

Memang benarlah kata pepatah, "kasih ibu kasih sejati".

Syurga di bawah tapak kaki ibu.

newer posts ❤