Super Fabolous
Sleep In The Dream...

Appreciation
Background : Photobucket
Extras : Mr Google
Main Idea : Diya Sesame
Blogskin Tutorials : Diya Sesame



November 2011
December 2011
January 2012
November 2012
December 2012


Saturday, November 26, 2011
Batu Permata Dan Lipan Bara @ 10:59 am | 0 dream(s)

Batu Permata Dan Lipan Bara merupakan cerita lisan melayu tradisional yang menarik.Cerita ini diwarisi turun-temurun dan disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain
.
Dalam siri citra moral, cerita lisan Melayu tradisional diolah semula dalam bentuk yang mudah supaya sesuai untuk pembaca dan pendengar daripada kalangan kanak-kanak.

selain menjadi bahan bacaan yang menghiburkan , cerita lisan yang dipilih juga disisipkan dengan nilai-nilai murni.

Perkataan-perkataan yang perlu diterangkan maknanya tersenarai dalam bahagian perbendaharaan kata beserta contoh ayat yang sesuai.

Perkataan-perkataan ini sudah tentu akan memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Batu Permata Dan Lipan Bara merupakan kisah seorang gadis cantik yang miskin tetapi rajin,pemurah dan baik hati .Walaupun diseksa oleh ibu dan adik tirinya tetapi dia masih sanggup menolang semasa mereka dalam kesusahan.

CERITANYA BERMULA BEGINI..........

Pada zaman dahulu,di sebuah kampung terpencil tinggal seorang janda yang bernama Mak Labu . Mak Labu mempunyai dua orang anak perempuan. Anak kandungnya bernama melati dan anak tirinya pula bernama Melor.

Melor berwajah cantik,rajin, baik hati dan bersopan santun.Melati pula adalah seorang yang malas dan bersikap kasar.

Kecantikan Melor telah menimbulkan rasa cemburu Melati dan Mak Labu.

"Orang kampung selalu memuji akan kecantikan Melor.Melati sakit hatilah, mak,"kata Melati.

"Jangan susah hati, nak. Tahulah mak macam mana nak ajar Melor ," kata Mak Labu untuk memujuk Melati.

Mak Labu menyuruh Melor membuat kerja rumah. Mak Labu dan Melati pula duduk senang-senang di rumah.

Mak Labu kerap memarahi dan memukul Melor dengan kata-kata yang kesat.

Melor selalu menangis keseorangan pada waktu malam.Melor berasa sedih mengenangkan nasibnya yang malang. Melor amat merindui ibu kandungnya.

"Oh, Ibu! Di mana ibu!" rintih Melor.

"Malang sungguh nasib Melor, nasib seorang anak yatim piatu. Kalau ibu ada, tentu Melor tak diseksa sebegini," Melor merintih lagi dalam hatinya.

Pada suatu pagi, semasa Melor mangambil air di tebing sungai, tiba-tiba muncul seorang perempuan tua yang uzur. Permpuan tua itu terlalu haus. Dia meminta sedikit air untuk diminum.
"Minta sedikit air, cu. Dah lama nenek berjalan. Nenek merasa sangat haus," kata permpuan tua itu.

"Baiklah,nek," jawab Melor. Melor memberi semangkuk air kepada perempuan tua itu. Perempuan tua itu pun minum denan sepuas-puasnya.

Setelah minum, perempuan tua itu memegang tangan melor dan merenung mukanya.

"Terima kasih ,cu. Cucu sungguh baik hati. Derita cucu akan berakhir pada suatu hari nanti. Sekarang nenek akan memberi hadiah kepada cucu.Setiap kali cucu bercakap, mulut cucu akan berbau harum. Setiap perkataaan yang cucu ucapkan akan keluar menjadi sebutir batu bermata," kata perempuan tua itu.

Hari sudah suntuk. Melor segera pulang ke rumah. Mak Labe merasa marah kerana Melor pulang lambat pada hari itu.

"Hei Melor,ke mana kau pergi ni? Mengapa lambat pulang? Aku suruh angkut air di sungai,bukan berendam di dalam sungai itu. C-A-K-A-P!" tengking Mak Labu. Melor merasa takut.

'Ma... Maafkan Melor, Mak Labu. Melor ..." jawab Melor dengan gugup-gagap. Seketika itu juga mulut Melor berbau harum. Lima butir batu permata terkeluar dari mulutnya.

Mata Mak Labu terbeliak besar melihat kejadian itu. "Amboi! Apa ni? Apa yang sudah terjadi, Melor?" tanya Mak Labu penuh kehairanan.

Melor pun menceritakan segala-galanya kepada Mak Labu. Banyak batu permata keluar dari mulut Melor ketika dia bercerita. Mak Labu merasa amat gembira melihat keadaan itu.

"Oh, kalau begini, kayalah kita. Esok pagi, biar Melati sahaja yang angkut air, kamu pergi mengutip kayu api di hutan," kata Mak Labu.

Esoknya, pagi-pagi lagi Mak Labu mengejutkan Melati yang masih enak dibuai mimpi. "Bangunlah, nak. Cepat bangun," panggil Mak Labu.

"Ada apa , mak? Kenapa kacau Melati nak tidur? Melati letih ni," kata melati dengan geramnya.

Mak Labu pun cuba memujuk anaknya.

"Nak, cepatlah bangun. Kamu pergi sekarang juga ke sungai untuk mengangkut air. Apabila kamu nampak seorang perempuan tua, layannya dengan baik,"

"Kenapa pulak? Ukh... Melati malaslah, mak! Suruh Melor saja yang pergi! Melati nak tidur ni," kata Melati.

"Bangunlah cepat. Pergi sekarang. Jangan berdegil lagi. Kamu akan dapat hadiah lumayan nanti," pujuk Mak Labu lagi.

"Apa dia, mak?" tanya Melati.

"Batu permata, nak," jawab Mak Labu.

Mendengarkan batu permata, Melati pun cepat-cepat bangun.

Melati keluar membawa timba menuju ke tepi sungai. Dalam perjalanan, Melati terserempak dengan seorang gadis muda yang cantik lagi rupawan.

"Hai, sahabat. Saya tersesat di sini dan merasa sangat haus. Bolehkah sahabat memberikan sedikit air untuk saya minum?" kata gadis itukepada Melati.

"Apa? Aku datang sejauh ini bukan untuk mengangkut air minuman kamu. Aku bukan hamba kamu. Pergi kamu dari sini. Jangan ganggu aku!" teriak Melati dengan kasarnya.

"Kasar sungguh bahasa kamu! Sombong dan busuk hati. Mulai sekarang, apabila kamu bercakap, mulut kamu akan berbau busuk. Setiap perkataan yang kamu ucapkan akan keluar menjadi seekor lipan bara," kata gadis muda itu kepada Melati yang bersikap kasar.

"Cis, apa kamu kata?" tanya Melati dengan marahnya. Ketika itu juga mulut Melati berbau busuk dan tiga ekor lipan bara berloncatan keluar dari mulut Melati.

Mak Labu yang sedang menunggu kepulangan Melati di halaman rumah berasa hairan melihat Melati lari dengan tergesa-gesa sambil menanguis. Mak Labu pun cuba memujuk Melati.

"Ada apa, nak? mengapa menangis? Beritahu mak, siapa mengacau kamu, biar mak ajar dia nanti. Er... Adakah kamu nampak seorang perempuan tua tadi, nak?" tanya Mak Labu.

"Perempuan tua yang mana, mak?" balas Melati sambil menangis.

Ketika itu juga mulut melati berbau busuk. Lima ekor lipan bara keluar dari mulut Melati. Lipan bara itu terjatuh dan melekat pada tangan Mak Lab u. Dengan segera Mak Labu melayangkan tangannya dan menjerit ketakutan. Melati pun menangis dan meminta tolong. Banyak lagi lipan bara kelluar dari mulutnya.

"Diam, Melati! Diam! Tutup mulut kamu. Melor! Cepat ambilkan penyapu!" jerit Mak Labu dengan penuh ketakutan.

Melor datang dengan membawa sebatang penyapu. Melor terperanjat melihat banyak lipan bara di atas tanah. "Apa yang sudah terjadi, Mak Labu? Dari mana pula datangnya lipan bara yang sangat banyak ni?" tanya Melor.

"Itu semua angkara kamu, Melor," jawab Mak Labu dengan kasarnya.

"Kenapa cakap macam tu, Mak Labu. Melor tak faham. Apa yang sudah terjadi, Mak Labu?" tanya Melor lagi.

Melati menjelaskan perkara yang sebenar dan banyak lipan bara keluar dari mulut Melati. tahulah Melor apa yang sudah berlaku.

"Boleh jadi perempuan tua itu menjelmakan dirinya sebagai gadis muda. Sekarang mari kita pergi menemuinya sekali lagi," kata Melor.

Setelah tiba di tepi sungai, Melor pun menyeru nenek itu berkali-kali.

"Nenek oh nenek. Di mana nenek berada? Tolonglah keluar. Cucu nak jumpa ni...! Tolonglah keluar. Nenek oh nenek!" teriak Melor sambil merayu.

Akhirnya nenek itu pun menjelmakan dirinya dengan rupa yang tua dan bongkok.

Melor merasa gembira melihat perempuan tua itu. Melor terus duduk menyembah perempuan tua itu.

"Tolonglah, nek. Melati itu adik saya. Janganlah buat dia begitu. Hentikanlah lipan itu daripada terus keluar dari mulutnya. Melor sanggup buat apa saja untuk nenek asalkan nenek bersetuju. Tolonglah, nek," Melor merayu-rayu.

Perempuan tua itu terharu melihat sikap Melor yang besar hati. "Sebenarnya adik kamu patut sedar. Orang jahat tidak akan selamat dan selalu mendapat kesusahan. Inilah balasan yang setimpal dengan perbuatnnya. Tak ingatkah macam mana dia dan ibunya menyeksa cucu?"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu, Melati dan Mak Labu pun sedih.

Mak Labu pun merayu, "Saya sudah sedar, makcik. Saya tahu perbuatan saya terhadap Melor selama ni dah keterlaluan. Saya amat menyesal. Balaslah segala dosa saya dan hentikanlah lipan itu keluar dari mulut Melati."

Melati turut merayu, "Maafkan saya, nek. Saya berjanji akan berbuat baik dan tidak akan apa-apakan Melor lagi. Tolonglah, nek..."

Tidak lama kemudian, tiada lagi lipan bara yang keluar dari mullut Melati.

Perempuan tua itu telah lenyap. Tinggal Mak Labu tiga beranak. Mak Labu, Melor dan Melati terus-menerus mengucapkan terima kasih kepada perempuan tua itu.

Mulai hari itu, mak Labu dan Melati melayan Melor dengan baik. Mereka hidup dengan bahagia. Melor berasa terhutang budi kepada perempuan tua itu.

❤ older posts / newer posts ❤