Super Fabolous
Sleep In The Dream...

Appreciation
Background : Photobucket
Extras : Mr Google
Main Idea : Diya Sesame
Blogskin Tutorials : Diya Sesame



November 2011
December 2011
January 2012
November 2012
December 2012


Thursday, December 01, 2011
Selamat Hari Guru @ 3:10 pm | 0 dream(s)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu : Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung, jagunglah hadiahnya. Jika nelayan, ikan pun boleh.

Murid : Oh, begitu.

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah. Macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu.

Cikgu : Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat : Usung hadiah cikgu. Tu ada kat luar kelas.

Cikgu : Ya Allah, batu nisan Mat?

Mamat : Ha'a (dengan bangga).

Cikgu : Ayah kamu kerja apa?

Mamat : PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu : Patutlah.

Labels:


❤ older posts / newer posts ❤